Terengganu 19-22 Ogos 2024

Updated: Aug 27, 2024
mini RU SSP2
Dapatlah 10 orang yang boleh hadir RU, DatukRosnah Majid, Dr S Fatimah S, Norsiah K, Ainul Mardiah, Adibah O, Junaidah, Halijah M, Rohani S, Shamsiah Sarudin, aku
Tuan rumah yang sungguh budiman, Esah Abdullah, Ani Ngah, Rosna Othman, Norazizah, Azimah O
At 13,035 square kilometres in size and a population of over 1.2 million people in 2023, Terengganu is Malaysia's 7th largest state and 10th most populated.
More than 95% of the population is ethnically Malay,
Terengganu merupakan negeri dalam alam Melayu pertama yang bertapaknya ajaran Islam sepertimana mengikut Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Hulu Terengganu di mana tarikh ia dipahat diamati sekitar antara 702 dan 789 tahun Hijriah atau antara 1303 dan 1387 tahun Masihi.[5]
Aku n suami naik bas, tiba 4 pagi dgn Noi. Beruntung sungguh Ani Ngah n suaminya sudi mengambil dan berehat di homestay Masjid Kg Gong Tok Nasek
Pukul 9 pagi kami dibawa bersarapan di Warung Kakzi, anak saudara Ani
sedap sungguh nasi kerabu
Warung sebelah rumah ibu Ani
Bermalam Di DSH berhadapan Pantai Batu Buruk memang menyeronokkan. Boleh jalan2 n mkn2
Petangnya kami berpiknik tepi pantai, makan sampai nazak, haha
Kedai Nasi dagang atas tol pun dahsat. Ada air teh ombak rindu leleh
RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019.
Reka bentuknya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London yang juga berbentuk jambatan imbang. Ia mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu.[11] Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir
Surau pertama di Asia dibina guna buluh di Kuala Nerus
Banyak betul menu kampung, rambang mata
Cari keropok di Pengkalan Setar, katanya umpph
Keropok tamban RM22/kg
Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.
Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.
Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).
Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.
Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.
Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi
Dataran tersorok di Marang tepi sungai paya bakau
Makan lokan bakar, macam liat nau
Masjid Seberang Takir juga unik, ada rumah inap
Dekat resort je
Lama juga beratib nak Yogulp baru geng layan, sedap dan harga OK, halal
River cruise
Geng Ganu jamu dan bagi cenderamata lagi
Semoga Allah membalas dengan sebaik2 balasan ya sahabat. Terharu sungguh
Sarapan di rumah Esah A. TQVM. Love u
Keropok lekor kegemaran kami
Pasar Payang
Pada tahun 1964, ia dibangunkan sebagai sebuah pasar, bagi menempatkan peniaga-peniaga dari Pasar Besar Tanjung yang dirobohkan.
Bersama Sam, pilot van yg sabar sungguh. Kalau nak sewa kereta pun ada. Van sehari RM500, minyak sendiri
Semoga kita berjumpa lagi, maaf zahir batin
Pulau Perhentian 2008?
Tasik Kenyir 2016?
Foto P Redang PKPSMK lum jumpa






























































Comments